Ingin menulis buku?

Posted by lutfiraffi | Labels:

Baru-baru ini, aku ada ketagihan yang baru iaitu ketagihan menulis buku. Walaupun aku tidaklah sehebat atau sepakar mana, tetapi aku teringin sangat nak berkongsi asas-asas yang aku tahu. Sekarang ni, dah hampir dua minggu aku menulis. Memang sangat membebankan tetapi ianya akan mendatangkan kepuasan. 


Walaupun dah dua minggu aku menulis, baru 38 page je yang aku siapkan. Itu pun belum di edit sepenuhnya untuk standardkan piawai yang ada. Memang perit menulis buku. Bagaimanalah penulis novel menulis novel yang tebal itu? Memang kagum dengan kesabaran dan ketekunan seorang penulis. 

Kadang-kadang aku terpikir gak, berbaloi ke aku tulis buku ni? Orang baca ke nanti? Dapat jual atau tidak itu soal kedua, apa yang penting bagi aku ialah adakah pembaca faham dengan isi kandungan buku yang akan aku hasilkan nanti? 

Anyway, aku akan berusaha untuk menyiapkan penulisan aku ni untuk kegunaan bersama. Doakan aku kawan-kawan.

Persidangan Sumber Terbuka Malaysia

Posted by lutfiraffi | Labels: , ,

Perisian Sumber Terbuka Malaysia 2010 adalah salah satu majlis ilmu yang aku nantikan pada tahun ini sebab tahun lepas tak dapat nak join sebab ada urusan penting pada masa tersebut. Tahun ni, aku akan cuba untuk join persidangan ini. Sudah dua tahun aku mengenali dunia open source software atau perisian sumber terbuka. Banyak bende-bende berkaitan dengan dunia komputer yang secara langsung dipelajari lepas menggunakan open source software ni. 

Kembali ke topik asal, event ni akan berlangsung pada 29 Jun 2010 sehingga 1 Julai 2010 bertempat di Berjaya Times Square Hotel & KLCC.




Di cadangkan semua orang tak kire la siapa pun untuk memeriahkan acara ni. Memang cool, tak rugi dan berbaloi-baloi.

Post Pertama

Posted by lutfiraffi | Labels:

Salam... ini adalah coretan pertama untuk blog baru aku ni... konsep bagi blog ini adalah untuk berkongsi apa-apa sahaja perkara yang bermanfaat. Apa-apa sahaja perkara yang berfaedah termasuklah ianya pasal pemakanan ke, tempat-tempat menarik ke, isu-isu terkini ke, akan jadi topik di dalam blog ini.

Semoga informasi di dalam blog ini memberikan manfaat kepada pembacanya dan sebarang teguran di dalam topic perbincangan di alu-alukan. Menurut Ust. Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/content/view/816/95/):

Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhair dan Muslim: "Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya... "

Sekian.