Ingin menulis buku?

Posted by lutfiraffi | Labels:

Baru-baru ini, aku ada ketagihan yang baru iaitu ketagihan menulis buku. Walaupun aku tidaklah sehebat atau sepakar mana, tetapi aku teringin sangat nak berkongsi asas-asas yang aku tahu. Sekarang ni, dah hampir dua minggu aku menulis. Memang sangat membebankan tetapi ianya akan mendatangkan kepuasan. 


Walaupun dah dua minggu aku menulis, baru 38 page je yang aku siapkan. Itu pun belum di edit sepenuhnya untuk standardkan piawai yang ada. Memang perit menulis buku. Bagaimanalah penulis novel menulis novel yang tebal itu? Memang kagum dengan kesabaran dan ketekunan seorang penulis. 

Kadang-kadang aku terpikir gak, berbaloi ke aku tulis buku ni? Orang baca ke nanti? Dapat jual atau tidak itu soal kedua, apa yang penting bagi aku ialah adakah pembaca faham dengan isi kandungan buku yang akan aku hasilkan nanti? 

Anyway, aku akan berusaha untuk menyiapkan penulisan aku ni untuk kegunaan bersama. Doakan aku kawan-kawan.

0 comments:

Post a Comment