Installasi Flash player di dalam Lubuntu 13.10

Posted by lutfiraffi | Labels: , , , , ,

Assalamualaikum....

Saya baru sahaja menggunakan Distro Lubuntu setelah lama menggunakan Distro Linux yang lain seperti Ubuntu, LinuxMint, OpenSuse dan lain-lain. Pada pendapat saya Distro Lubuntu ini sangat membantu bagi menjimatkan kos membeli komputer baru kerana ianya sangat ringan dan pantas.



Setelah installasi selesai, saya mempunyai masalah untuk memainkan video di Youtube kerana plugin Flash Player tidak berfungsi. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan semua cara yang mudah untuk memasang (install) Plugin Flash Player.

Anda hanya perlu membuka LXTerminal dan menaip:

sudo apt-get install flashplugin-nonfree

Setelah menunggu beberapa saat (bergantung kepada kelajuan internet anda), Flash Player plugin akan dipasang dan anda boleh memainkan video di youtube sekarang.

Selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment