Memasang Sabily Manarat 10.04

Posted by lutfiraffi | Labels: , , ,

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda memulakan proses installasi secara penuh untuk sistem operasi Sabily Manarat 10.04.


Langkah Pertama
Setelah DVD dimasukkan, anda ada beberapa pilihan termasuklah anda boleh mencuba Sabily tanpa sebarang proses pemasangan melalui fungsi "live CD" dengan memilih pilihan "Try Sabily without any change to your computer". Untuk Pemasangan kekal di dalam komputer anda, pilih menu "Install Sabily" untuk memulakan proses pemasangan Sabily.


Setelah itu, anda akan dapat melihat paparan skrin seperti berikut.



Langkah Kedua
Sila pilih pilihan bahasa anda, dan klik pada butang "Install Ubuntu 10.04 LTS".



Langkah Ketiga
Setelah itu, anda dikehendaki memilih lokasi anda. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan penetapan masa dilakukan.



Langkah Keempat
Anda diberikan pilihan untuk memilih layout untuk papan kekunci anda. 



Langkah Kelima
Untuk langkah ini, anda diberikan pilihan samada untuk membuat installasi penuh (100% ruang pemacu keras anda menggunakan sistem operasi Sabily) ataupun anda menetapkan sendiri saiz bagi ruang yang akan digunakan untuk sistem operasi Sabily. Jadi, pilih "erase and use the entire disks" untuk installasi penuh ubuntu.



Langkah Keenam
Anda dikehendaki memasukkan nama anda, dan juga nama yang anda akan gunakan untuk login semasa menggunakan komputer anda. Seterusnya, anda dikehendaki untuk memasukkan katalaluan (password) anda.

*Anda dinasihati untuk mengelakkan katalaluan yang terlalu mudah seperti menggunakan tarikh lahir, 123456, nama anda untuk tujuan keselamatan.






Langkah Ketujuh
Setelah itu, proses installasi boleh dimulakan setelah menekan butang "install".



Langkah Kelapan
Tunggu proses installasi sehingga selesai.



Langkah Kesembilan
Setelah proses installasi selesai, restart komputer anda dengan menekan butang "Restart Now".



Langkah Kesepuluh
Setelah itu, masukkan nama dan katalaluan anda.




Langkah Kesebelas
Tahniah! Anda telah berjaya memasang sistem operasi Sabily di dalam komputer anda. Selamat Mencuba. :)

0 comments:

Post a Comment