Ubuntu 11.10

Posted by lutfiraffi | Labels:

Salam semua....

Sudah lama blog ini bersawang, jadi saya ingin kongsikan kepada semua tentang apa yang saya telah pelajari hari ini tentang Ubuntu 11.10... Sudah lama saya menggunakan Linux mint 10 (Julia) dan saya rasa agak ketinggalan kerana Unity sudah lama diperkenalkan. Jadi saya mengambil keputusan untuk fresh install Ubuntu 11.10.

Pada mulanya agak kekok untuk menggunakan Ubuntu 11.10 ini, kerana tidak seperti Linuxmint, ia menggunakan persekitaran Unity. Tapi setelah beberapa jam membiasakan diri, saya rasa keputusan menggunakan Unity adalah pilihan tepat oleh Canonical.

Antara masalah pertama yang saya ingin kongsikan ialah:
1. Install Draftsight di dalam Ubuntu 11.10
2. Memerlukan panel
3. Sentiasa menaip "lxpanel" setiap kali memulakan Ubuntu.


Penyelesaian:

1. Pakej Draftsight boleh didapati di http://www.3ds.com Aplikasi ini adalah alternatif untuk perisian CAD seperti AutoCAD di dalam windows.  Jika anda ingin memasang terus pakej .deb Draftsight di dalam Ubuntu 11.10, pasti anda akan menemui ralat begini "Error: Dependency is not satisfiable: libxcb-render-util0 (>= 0.3.6-1)". Penyelesaiannya adalah dengan memasang terlebih dahulu pakej libxcb-render-util0 0.3.6-1build1 yang boleh di dapati di https://launchpad.net/ubuntu/oneiric/i386/libxcb-render-util0/0.3.6-1build1. Setelah itu, anda boleh mencuba sekali lagi memasang .deb Draftsight yang telah dimuatturun terlebih dahulu.


2. Saya sangat kekok dengan Unity kerana ia tidak menggunakan panel seperti Gnome dan KDE. Untuk itu, saya memasang panel dengan memuat turun pakej ini http://apt.ubuntu.com/p/lxpanel. Setelah itu, Buka terminal dan anda hanya perlu menaip "lxpanel" untuk mengaktifkan panel ini.


3. Walaupun telah menggunakan panel di dalam Unity, tetapi ianya agak leceh untuk menaip arahan lxpanel setiap kali ingin menggunakan panel. Jadi, saya ingin panel saya keluar secara automatik apabila Ubuntu dimulakan (autostart). Jadi, saya hanya perlu pergi ke "Dash Home" dan mencari "Startup Apllications".  Setelah itu tekan butang "add" dan masukkan "lxpanel" di bahagian nama dan arahan seperti gambar di bawah.


Akhirnya, lxpanel akan automatik muncul setiap kali memasang Ubuntu. Selamat mencuba!


0 comments:

Post a Comment